Berikut ialah beberapa glosari berkaitan vitamin tambahan sebagai rujukan kita semua.
Antioksidan
Sebarang bahan yang mampu mencegah pengoksidaan bahan-bahan lain.
Antioksidan membantu menghalang tindak balas pengoksidaan yang merosakkan dan menentang kerosakan radikal bebas dengan membantu memperbaiki sel-sel yang rosak.
Dengan setiap sel yang telah diperbaiki, kesan radikal bebas akan dikurangkan, akhirnya memberikan sistem imun anda rangsangan yang sihat.
Setiap jenis antioksidan tertumpu ke atas bahagian-bahagian sel yang berbeza. Vitamin C melindungi darah dan bahagian dalaman cecair sel. Vitamin E melindungi asid lemak tak tepu yang terletak di dalam membran sel. Beta karotena mengawal kawasan rendah oksigen seperti saluran darah halus pada otot.
Kolagen
“Simen” biologi diperbuat daripada protein berserat yang menampan tisu penghubung tubuh. Vitamin C penting untuk pembentukan kolagen.
Dikultur, dinyahaktif
Yis, dikultur dalam perantara molases yang kaya nutrien, adalah sumber vitamin-vitamin B yang semulajadi.
Serat dietari
Serat dietari adalah bahagian tumbuh-tumbuhan yang tidak diurai oleh penghadaman. Serat hanya didapati dalam makanan tumbuh-tumbuhan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kacang dan bijian.
Pengemulsi
Agen yang memecahkan bahan berlemak menjadi partikel lebih halus dan menampannya dalam ampaian.
Diperkaya
Penambahan semula nutrien yang hilang ketika pemprosesan makanan.
Asid amino perlu
Asid amino penting tidak boleh dihasilkan atau disimpan di dalam tubuh. Daripada 22 asid amino yang diketahui, 9 adalah asid amino penting. Suplementasi protein yang mengandunginya mesti dimasukkan ke dalam diet harian kita, bagi membina protein yang diperlukan untuk penyenggaraan dan tumbesaran. Kesemua 9 asid amino penting ini adalah diperlukan.
Asid Lemak Perlu (EFA)
Asid Lemak Perlu didapati dalam semua sel tubuh. Ia diperlukan untuk pembentukan membran sel pada tahap optimum dan adalah sumber tenaga untuk tubuh. Ia membantu mengekalkan suhu tubuh, menahan dan melindungi tisu tubuh dan memainkan peranan penting dalam respons imun terhadap kecederaan dan jangkitan.
EFA adalah komponen salut mielin yang melindungi saraf dan menebat sel-sel saraf. Tanpa perisai ini, saraf tidak boleh menghantar mesej yang betul daripada satu sel kepada yang lain.
Vitamin Larut Lemak
Vitamin-vitamin yang larut dalam lemak. Lebihannya disimpan di dalam tisu lemak. Vitamin larut lemak ialah A, D, E dan K.
Vitamin Larut Air
Vitamin yang larut dalam air. Lebihannya dikumuhkan oleh tubuh. Vitamin larut air termasuk semua vitamin B dan vitamin C.
Diperkuatkan
Penambahan nutrien untuk menokok apa yang sudah sedia ada secara semulajadi di dalam makanan.
Fruktosa
Gula didapati di dalam buah-buahan dan madu. Dinamakan gula buah, ia lebih manis berbanding sukrosa bertapis (gula tebu atau bit). Oleh itu, kuantiti yang lebih kecil diperlukan untuk menghasilkan kemanisan pada darjah yang sama.
Radikal Bebas
Radikal bebas wujud bila atom oksigen hilang satu elektron disebabkan oleh pendedahan pada pencemaran udara, asap, cahaya ultraungu, lemak telah dimasak, sesetengah ubat, radiasi dan metabolisme yang biasa.
Tubuh kita menggunakan oksigen untuk membakar karbohidrat bagi menghasilkan tenaga (satu proses oksidaan). Proses ini juga menghasilkan radikal bebas yang sangat bertindakbalas – menyebabkan kerosakan oksidatif pada bahagian sel dan tisu.
Coontoh kerosakan sehari-hari radikal bebas – kesan perang pada buah epal atau pir yang telah dipotong.
GLA (Asid Gamma-linolenik)
GLA dikeluarkan dalam tubuh daripada asid linolenik, satu daripada Asid Lemak Perlu (EFA) yang diperlukan dalam diet kita. Penuaan, sindrom sebelum haid dan sesetengah masalah kesihatan boleh mengurangkan kemampuan tubuh mengubah linolenik menjadi GLA.
GLA boleh didapati dalam minyak berasaskan tumbuh-tumbuhan seperti minyak evening primrose, minyak borage atau minyak biji blackcurrant.
Serat Tidak Larut
Serat tidak larut menyerap sejumlah besar air, sebanyak 15 kali beratnya oleh itu mewujudkan najis padat lagi lembut. Gandum penuh, produk bran gandum, kulit buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber utama serat tidak larut.
Serat Larut
Serat larut adalah melekit dan hancur dengan air untuk membentuk gel. Ia termasuk pektin, guar, musilaj dan serat dalam bran oat, barli, kacang kering dan legum yang lain.
I.U (Unit Antarabangsa)
IU bererti Unit Antarabangsa. Ia adalah unit ukuran yang diguna untuk menstandardkan potensi vitamin larut minyak iaitu vitamin A, D dan E. Unit ini mengukur aktiviti vitamin itu dan bukan beratnya.
Isoflavon
Isoflavon sebenarnya adalah komponen kacang soya. Kacang soya mengandungi sebatian unik dinamakan isoflavon yang mana adalah fito (berasaskan tumbuh-tumbuhan) estrogen. Sesetengah penyelidikan menyarankan bahawa isoflavon adalah sebab untuk ciri-ciri soya yang menyihatkan.
Makromineral
Satu unsur penting kepada pemakanan dalam kuantiti yang besar. Ini termasuk zat besi, kuprum, iodin, mangan, kobalt dan zink.
Semulajadi
Tumbuhan kaya nutrien ditanam mengguna amalan perladangan yang semulajadi. Dalam masa beberapa jam selepas diperk, tumbuhan diproses dengan cermat dan dipekatkan untuk mengekalkan fitonutrien. Kawalan kualiti yang ketat bermula daripada bahan mentah iaitu kualiti dari tanah hingga ke atas.
Organik
Organik merujuk pada kaedah perladangan yang bergantung pada sumber semulajadi tanah iaitu tiada racun serangga perosak, racun herba atau baja kimia digunakan.
Potensi
Sukatan kekuatan satu unit atau tablet. Dinyatakan dalam gram (g), miligram (mg), mikrogram (mkg) atau Unit Antarabangsa (IU). IU mengukur aktiviti manakala g, mg dan mkg mengukur berat.
Pelbagai bentuk vitamin larut lemak mempunyai aktiviti yang berbeza, dan disenaraikan dalam IU.
Skor Asid Amino yang Diperbetulkan dalam Kebolehcernaan Protein (PDCAAS)
Maklumat penanda aras. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kini mengguna kaedah baru untuk menilai kualiti protein yang membantu memperjelaskan nila sebenar protein soya.
Kaedah penilaiaan baru ini dinamakan Skor Asid Amino yang Diperbetulkan dalam Kebolehcernaan Protein (PDCAAS). Ia mengambil kira asid amino protein serta perkadaran penghadamannya oleh manusia.
Mengguna kaedah ini, Nutrilite Protein mendapat skor 1.0 (mingkin skor PDCAAS paling tinggi) berbanding dengan daging (0.92), kacang kidney (0.68), oat giling (0.57) dan gandum penuh (0.40).
RDI (Pengambilan Harian Disyorkan)
Ditakrifkan sebagai tahap pengambilan nutrien penting berasaskan saintifik, adalah diadili oleh Pentadbiran Makanan dan Dadah US supaya cukup untuk memenuhi keperluan nutrien yang diketahui itu bagi semua orang yang sihat.
Pencilan Protein Soya
Protein soya terpencil adalah protein lengkap dan bersamaan dalam kualiti protein susu, daging atau telur, tanpa kolestrol dan lemak tepu yang didapati dalam makanan-makanan ini.
Herba yang distandardkan
Herba yang distandardkan memberi tahap spesifik lagi konsisten bagi sebatian aktif dalam herba. Secara asasnya, tahap bahan-bahan aktif dalam herba diberikan secara konsisten. Ia menjamin pengguna mengenai faedah dan kualiti yang konsisten.
Ekstraks yang distandardkan mengandungi bukan satu tetapi berdozen-dozen atau beratus-ratus sebatian semulajadi yang asalnya wujud dalam tumbuhan.
Perstandardan menentang kesan negatif kawalan kualiti herba yang teruk yang mana, sebagai bahan semulajadi, akan berbeza-beza dalam kandungan disebabkan variasi semulajadi disebabkan iklim, musim, tanah dan keadaan pertumbuhan lain.



Komen Terkini