Garam atau salt kalau tak ada dalam masakan akan menjadikan masakan langsung tak sedap. Tawar hebbe bak kata orang Pantai Timur.
I pernah tengok satu cerita dongeng tentang Putera Garam yang menghadiahkan bungkusan garam pada seorang Raja. Raja memperlekehkan Putera Garam dan berkata bahawa garam tidak ada nilai langsung berbanding emas. Putera Garam sangat geram jadi dia pun menyumpah supaya semua garam dalam negara itu bertukar jadi emas.
Mula-mula Raja dan rakyat sangat seronok sebab tiba-tiba garam dalam bekas jadi serbuk emas. Tapi keseronokan tak lama sebab semua makanan jadi tawar sebab tak ada garam. Bila makanan tak sedap, selera pun hilang.
Jadi Raja arahkah menteri dia beli garam dari negara lain dengan emas. Tapi garam yang dibawa dari luar akan terus bertukar jadi emas bila masuk dalam negara itu. Tak lama lepas tu baru Raja sedar dan mengaku bahawa garam adalah lebih berharga dari emas.
Manusia tak boleh hidup tanpa garam!
Tapi garam yang dulunya dianggap emas putih kini menjadi racun putih sama macam gula putih. Kita semua sedang diracuni!
Garam sepatutnya mengandungi mineral yang penting untuk kesihatan badan kita. Tapi kebanyakan garam masakan yang kita makan telah melalui proses penapisan yang menghapuskan semua mineral penting tersebut.
Garam putih atau garam masakan kita hanya mengandungi Sodium dan Klorida yang sangat tinggi dan BERACUN jika diambil berlebihan.

Garam yang berlebihan akan memberi beban yang tinggi kepada buah pinggang yang boleh mengakibatkan buah pinggang gagal berfungsi. Penyakit buah pinggang akan menyebabkan pelbagai penyakit merbahaya lain seperti kencing manis dan tekanan darah tinggi.
Garam yang berlebihan juga menyebabkan lebihan cecair dalam tisu *keasidan edema* yang merupakan punca terjadinya selulit. Jika kandungan garam terlalu tinggi, badan menggunakan semula protein lemak haiwan yang tidak dicernakan (biasanya terdapat dalam susu) yang juga tidak berguna dan tidak dapat dilupus atau dimusnahkan .
Protein inilah yang digunakan oleh badan untuk untuk membentuk asid urik untuk menghindarkan lebihan garam. Oleh kerana badan tidak dapat membuang asid urik , ia telah mengikat dirinya dengan sodium klorida *garam* untuk membentuk kristal baru dan menempatkan dirinya terus ke dalam sendi tulang .
Inilah yang menimbulkan pelbagai jenis penyakit Artritis , gout (sengal tulang) , karang buah pinggang dan pundi hempedu (gall bladder) .
Pengkristalan ini merupakan jalan terakhir sel badan dan organ bagi melindungi badan dari mengalami kerosakan mahupun keracunan akibat pengambilan makanan yang tidak betul. Tetapi dalam jangka masa panjang ia akan meracuni sistem badan kerana bahan berkenaan tidak dapat dikumuhkan atau dikeluarkan dari badan.
Jangan Berhenti Makan Garam!
Garam boleh menjadi racun tetapi kita perlu terus makan garam untuk hidup. Kita ada pilihan lain selain dari garam masakan yang berwarna putih itu.
Garam buluh adalah sangat berkhasiat dan mengandungi pelbagai mineral yang diperlukan badan. Tetapi harganya sangat mahal. Satu botol kecil berharga RM40!

Jangan risau sebab ada satu lagi jenis garam yang lebih murah tetapi sangat berkhasiat dan asli serta mengandungi mineral-mineral penting yang badan perlukan.
GARAM HIMALAYA
Garam Himalaya adalah garam yang lebih baik dari garam putih biasa sebab selain daripada Sodium Klorida, ia juga mengandungi mineral Potasium, Magnesium, Zat Besi, Copper, Iodin dan Manganese.

Anda boleh dapatkan Garam Himalaya ni kat mana-mana pasaraya!

Warna Garam Himalaya ni oren kemerah-merahan dan biasanya kat label ada tulis bahawa itu adalah Garam Himalaya. Harga pun berpatutan dalam RM2.89 – RM7 bergantung kepada packaging.
I lebih suka guna Garam Himalaya berbanding Garam Buluh sebab ia adalah garam asli dari alam semulajadi yang jauh lebih murah daripada Garam Buluh yang merupakan garam buatan yang akan berbau hanyir bila bercampur dengan air.
Anda bagaimana? Buat pilihan untuk hidup sihat dan sejahtera selalu!
Copyright secured by Digiprove



Komen Terkini