Dapatkan pelbagai tips kesihatan dan kecantikan yang lebih menarik melalui email anda. Juga jangan lepaskan tawaran khas terkini yang menawarkan diskaun hebat. Klik Sini Untuk LANGGAN RSS Feed RahsiaSihatCantik.com hari ini!
Biasanya kita tidak akan sedar bahawa kita kekurangan zat makanan sehinggalah badan kita mengalami masalah kesihatan yang teruk. Tapi tidak banyak yang dapat kita buat kalau kita jatuh sakit!
Adalah sangat penting kita ketahui beberapa jenis masalah kekurangan vitamin yang kemungkinan besar kita akan alami. Terutama kalau kita tidak amalkan 3 aspek gaya hidup sihat.
Kalsium (Calcium)
Kalsium sangat penting bagi menambah kekuatan gigi dan tulang kita. Kalsium juga memainkan peranan penting dalam sistem saraf (nervous) dan kontraksi otot.
Kanak-kanak yang sedang membesar sangat perlukan kalsium yang cukup sebab gigi dan tulang mereka masih sedang membentuk. Sebagai ibu bapa, kita selalunya memang ambil berat tentang keperluan kalsium anak.
Kanak-kanak sentiasa dapatkan bekalan kalsium mereka dari susu badan atau susu formula yang dirumus khas mengikut tahap umur mereka.
Sebab kanak-kanak memang selalu minum susu, jadi mereka tidak ada masalah kekurangan kalsium.
Tetapi orang dewasa selalu kurang kalsium!
Kekuatan tulang kita berkait rapat dengan pengambilan kalsium, mineral dan vitamin seperti magnesium dan vitamin D.
Jika badan kita kekurangan magnesium dan vitamin D, sudah tentu kita akan ada masalah kekurangan kalsium.
Gejala Kekurangan Kalsium
Gigi banyak rosak dan mereput, tulang semakin lemah, penyakit tulang ketika usia meningkat, otot lemah dan tegang (cramps).
Sumber kalsium dari makanan ialah sayur-sayuran hijau, produk tenusu, kekacang, buah tin (figs) segar atau kering, badam dan bijan.
Magnesium
Ramai orang tak fikir bahawa magnesium adalah mineral yang sangat penting. Tapi ia memang sangat penting.
Kekurangan magnesium walaupun sedikit boleh menyebabkan degupan jantung tidak normal dan kekejangan otot!
- Magnesium berfungsi untuk menghidupkan fungsi pengeluaran tenaga (energy producing) di dalam setiap sel badan dan juga membantu memproses protein.
- Magnesium menolong membina dan mengekalkan tona otot termasuklah otot jantung. Sebab itu masalah kekurangan magnesium boleh mempengaruhi degupan jantung dan berlakunya kekejangan otot.
Masalah kekurangan magnesium adalah masalah biasa bagi penduduk negara membangun.
Gejala Kekurangan Magnesium
Degupan jantung yang tidak normal, tekanan darah tinggi, kerisauan, tak boleh tidur dan kekejangan otot.
Sumber magnesium dari makanan ialah sayur-sayuran hijau, kekacang (nuts, seeds, beans) dan bijian penuh.
Vitamin D
Vitamin D sangat diperlukan supaya kalsium mudah diserap oleh tulang dan gigi. Kita boleh mendapatkan vitamin D dari matahari dengan hanya berada 20 minit di luar semasa cuaca panas untuk dapatkan bekalan vitamin D harian secukupnya.
Malaysia ada negara yang panas sepanjang tahun jadi memang mudah untuk kita dapatkan vitamin D. Tapi masalah kekurangan vitamin D tetap juga berlaku di Malaysia!
Kenapa jadi begitu?
Sebab utama masalah kekurangan vitamin D ialah tak semua orang mendapatkan 20 minit cahaya matahari setiap hari.
Kalau anda pekerja pejabat yang keluar dari rumah sebelum pukul 7 pagi, makan tengahari di kafetaria dalam bangunan pejabat dan balik rumah pada malam hari, bilakah masanya anda akan kena cahaya matahari dan dapat vitamin D?
Jika anda mempunyai kulit putih pucat atau hitam gelap dan sentiasa memakai pelindung cahaya matahari (sunscreen), anda berisiko besar kekurangan vitamin D.
Kulit putih pucat memberi tanda kulit anda tidak dapat menyerap vitamin D secukupnya. Sebab itu ia terlalu putih dan pucat.
Kulit hitam gelap pula bertindak sebagai pelindung cahaya matahari semulajadi. Bermakna anda juga akan alami masalah kekurangan vitamin D seperti orang yang suka pakai pelindung cahaya matahari (sunscreen).
Orang tua juga selalunya alami kekurangan vitamin D yang menyebabkan tulang mudah retak bila jatuh.
Gejala Kekurangan Vitamin D
Tulang lemah dan mudah retak, kekurangan kalsium dan penyakit tulang
Sumber vitamin D dari makanan ialah minyak ikan, telur kuning dan sedikit mentega.
Asid Folik (Folic Acid)
Asid folik membantu badan membina sel darah merah dan juga menolong dalam pemecahan protein dan asid amino.
Kalau kita sedang mengandung kita perlu makan asid folik setiap hari.
Wanita mengandung yang ada masalah kekurangan asid folik kemungkinan besar akan melahirkan anak dengan kecacatan otak. Sangat bahaya!
Kalau kita sedang merancang untuk mengandung, kita juga perlu makan asid folik sebaik-baiknya 6 bulan sebelum mencuba mengandung.
Gejala Kekurangan Asid Folik
Keletihan, mudah marah (mood swings), daya ingatan leman, kecacatan bayi dalam kandungan, komplikasi kehamilan dan kurang darah (anemia).
Sumber asid folik dari makanan ialah sayur-sayuran hijau, kekacang kering (soya dan lentil) dan yis.
Zat Besi (Iron)
Zat besi adalah sangat penting untuk membina darah merah yang membawa oksigen ke semua tisu badan.
Wanita adalah golongan yang berisiko tinggi mengalami masalah kekurangan zat besi setiap bulan kerana datang haid.
Gejala Kekurangan Zat Besi
Keletihan, kuku rapuh, nafas pendek, hilang selera makan, daya ketahanan lemah dan kurang darah (anemia).
Sumber zat besi dari makanan ialah daging merah, bayam, kekacang, biji-bijian dan aprikot kering.
Vitamin B6 (Pyridoxine)
Vitamin B6 atau dikenali juga sebagai Pyridoxine boleh dipanggil sebagai vitamin perasaan (mood vitamin). Orang yang selalu berubah mood (mudah marah dan mudah sedih) adalah mereka yang kekurangan vitamin B6!
Vitamin B6 diperlukan badan untuk mengubah beberapa jenis asid amino kepada serotonin.
Serotonin dikenali sebagai hormon gembira kerana ia mencetuskan perasaan sihat, seronok, bahagia dan gembira.
Kekurangan serotonin akan menyebabkan perasaan berubah-ubah (mood swings), kemurungan, masalah makan tidak betul dan masalah tidur malam.
Vitamin B6 juga penting untuk mengekalkan sistem saraf (nervous) yang sihat, membebaskan tenaga dari makanan dan mengurangkan risiko penyakit jantung.
Gejala Kekurangan Vitamin B6
Kesakitan saraf (neuropathy), perasaan berubah-ubah (mood swings), kemurungan, mudah sentap, keletihan dan penyakit tulang semasa tua.
Sumber vitamin B6 dari makanan ialah bijian penuh, daging, kekacang dan benih, pisang, buah prun, kobis, bunga kobis dan kentang.
Vitamin B12
Vitamin B12 membantu badan kita membina penutup saraf (nerve coverings) dan sangat penting untuk tumbesaran, mengekalkan selera makan normal dan membina sel darah merah.
Ia juga membantu dalam penambahan tenaga, metabolisme, mood yang bertambah baik dan mengurangkan risiko sakit jantung.
Jika anda seorang vegetarian (hanya makan sayur), kurang makan daging atau orang tua – sila berikan tumpuan kepada pengambilan vitamin B12. Anda berisiko mendapat penyakit kurang darah yang kronik (pernicious anemia) akibat bilangan darah merah tidak mencukupi!
Gejala Kekurangan Vitamin B12
Keletihan, kurang selera makan, masalah sistem saraf, keliru fikiran (mental confusion) dan anemia pernicious.
Sumber vitamin B12 dari makanan ialah daging, telur dan produk tenusu.
Vitamin C
Vitamin C menyah-toksin dan bertindak sebagai antioksidan yang membantu badan kita membina tulang yang kuat, melawan virus dan membuang air besar dengan kerap.
Vitamin C juga membantu pembentukan kolagen (collagen) dan kartilaj (catilage). Kolagen yang sihat sangat penting bagi kulit untuk kelihatan sihat dan muda.
Jika anda seorang vegetarian (hanya makan sayur) dan suka makan buahan dan sayuran, anda tidak perlu risau masalah kekurangan vitamin C. Vitamin C sangat kaya dalam buah-buahan segar yang masak dan juga dalam kebanyakan sayur-sayuran.
Tetapi sayur-sayuran yang layu dan buah-buahan yang terlebih masak tidak ada banyak vitamin C didalamnya. Jadi sangat penting untuk kita makan hanya buah dan sayur yang segar!
Gejala Kekurangan Vitamin C
Jangkitan viral seperti selsema dan bersin yang kerap, gusi berdarah, luka lambat sembuh dan selalu kejang otot.
Sumber vitamin C dari makanan ialah capsicum, tomato, strawberi dan buah-buahan sitrus seperti limau dan oren.
Asid Lemak Perlu (Essential Fatty Acids – EFA)
Asid Lemak Perlu adalah asid lemak baik dan diperlukan untuk kesihatan badan. Lemak yang kita dapat dari sayur-sayuran dan lemak daripada ikan adalah menyihatkan.
Badan kita perlukan Asid Lemak Perlu EFA sebagai pelincir kepada kulit dan tisu badan serta menyokong membran sel. Asid Lemak Perlu ini penting supaya sel badan, otak dan sistem saraf dapat berfungsi dengan normal.
Gejala Kekurangan Asid Lemak Perlu (EFA)
Keguguran rambut, kulit kering, ruam pada kulit, kesejukan, kulit mudah tercalar, radang sendi, jangkitan berulang akibat sel badan lemah dan kemurungan.
Sumber Asid Lemak Perlu EFA dari makanan ialah ikan salmon, biji benih seperti flax, labu dan bunga matahari, kekacang, kacang soya dan tofu.
Asid Amino Perlu (Essential Amino Acids)
Asid Amino Perlu bertindak sebagai blok binaan bagi pengutus kimia yang membolehkan sistem saraf dikenali sebagai neurotransmitters bekerja. Badan kita juga menggunakan Asid Amino Perlu untuk menghasilkan tenaga dan membantu fungsi vitamin dan mineral sebaiknya.
Tahukah anda?
Sekurang-kurangnya 80% daripada sistem saraf termasuk otak dan fungsi mental menggunakan Asid Amino? Sebab itu badan kita sangat perlukan Asid Amino bagi menyokong sistem saraf, menjadi blok binaan protein dan juga untuk membaiki organ dan otot.
Jika anda mahu membina otot dan menambah kekuatan, anda patut fikirkan tentang pengambilan Asid Amino dan Protein.
Gejala Kekurangan Asid Amino
Ambil masa yang lama untuk sembuh dari kecederaan dan kekejangan otot, sakit belakang yang kerap dan kronik, keletihan, mood berubah-ubah dan sukar imbangkan badan.
Sumber Asid Amino dari makanan ialah kacang, spirulina, kekacang, benih, ikan, tofu, soya
Nutrilite, Tropical Herbs dan Bee Treasures boleh didapati secara terus daripada pengedar-pengedar yang sah. Jika anda tidak mengenali mana-mana pengedar, anda boleh hubungi saya untuk pertanyaan produk, nasihat percuma tentang gaya hidup sihat, penjagaan kesihatan, kesuburan wanita dan nutrisi ibu hamil.



Komen Terkini