Info Kesihatan | Kenali dan Kawali Kolestrol

July 26, 2011

Banyak penyakit yang berpunca dari kandungan kolestrol jahat dalam darah kita!

Wah! Kolestrol pun macam manusia – ada jahat dan ada baik?

Tepat sekali. Kolestrol jahat adalah pembunuh senyap!

Kita tak akan perasan bahawa tahap kolestrol adalah tinggi dalam darah. Sebabnya tidak ada sebarang tanda atau gejala ditunjukkan.

Tapi akibatnya sangat bahaya!

Paras kolestrol jahat yang tinggi boleh menyebabkan penyakit membawa maut seperti:

  • Artherosklerosis (timbunan lemak melekit/plak dalam salur darah/dinding arteri)
  • Strok atau angin ahmar
  • Tekanan darah tinggi
  • Sakit jantung
  • Sakit buah pinggang kronik

Apa Itu Kolestrol?

Kolestrol adalah sebatian berlilin macam lemak yang terdapat dalam aliran darah dan sel-sel badan kita.

Kolestrol dalam badan kita dihasilkan oleh HATI untuk:

  • Menyokong fungsi otak dan saraf
  • Pembentukan dan penyengaraan membran sel
  • Pembentukan hormon seks
  • Penghasilan garam hempedu yang menolong mencernakan makanan
  • Mengubah cahaya matahari menjadi Vitamin D dalam kulit

Setelah kolestrol dihasilkan oleh hati ia akan dihantar menerusi aliran darah ke tempat yang diperlukan. Kolestrol melekat pada molekul yang dipanggil LIPOPROTEIN untuk bergerak ke mana saja melalui aliran darah.

Ada 2 jenis kolestrol:

  1. Lipoprotein Ketumpatan Rendah (LDL) – kolestrol jahat
  2. Lipoprotein Ketumpatan Tinggi (HDL) – kolestrol baik

lemak 111 Info Kesihatan | Kenali dan Kawali Kolestrol

Kolestrol jahat (LDL) ini menyebabkan penimbunan lemak melekit atau plak dalam pembuluh darah di jantung (arteri).

kolestrol 1 Info Kesihatan | Kenali dan Kawali Kolestrol

Kolestrol baik (HDL) pula membawa kolestrol yang tidak diperlukan jauh dari sel dan dikembalikan kepada hati untuk dimusnahkan.

Kolestrol Serum dan Kolestrol Dietari

Tahukah anda?

85% paras kolestrol dalam dalam ialah endogenus iaitu dihasilkan oleh hati kita sendiri!

Manakala 15% lagi datang dari sumber makanan / diet kita.

Kolestrol dalam darah dipanggil kolestrol serum. Kolestrol dari makanan dipanggil kolestrol dietari.

Memakan makanan tinggi kolestrol boleh meninggikan paras kolestrol serum anda!!

Kesan dan Cegah Melalui Ujian Kolestrol

Anda perlu lakukan ujian tahap kolestrol secepat mungkin jika anda:

  • Lelaki berumur 35 tahun ke atas
  • Perempuan berumur 45 tahun ke atas
  • Mempunyai faktor risiko seperti:
  1. Pernah kena serangan sakit jantung
  2. Sejarah keluarga bagi penyakit jantung
  3. Merokok
  4. Sejarah diri atau keluarga bagi tekanan darah tinggi atau diabetes
  5. Obese / berat badan berlebihan
  6. Tidak amalkan 3 aspek gaya hidup sihat!

Ingat!!

Kolestrol jahat adalah pembunuh senyap. Ia berkait rapat dengan tekanan darah tinggi, diabetes, sakit jantung dan punca utama kepada sakit buah pinggang.

dp seal trans 16x16 Info Kesihatan | Kenali dan Kawali KolestrolCopyright secured by Digiprove

Nutrilite, Tropical Herbs dan Bee Treasures boleh didapati secara terus daripada pengedar Amway.. Jika anda tidak mengenali mana-mana pengedar, anda boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut. Email: ros[at]rahsiasihatcantik.com

Related Posts: Baca Tampalan Berkaitan (^_^)

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*

icon_wink.gif icon_neutral.gif icon_mad.gif icon_twisted.gif icon_smile.gif icon_eek.gif icon_sad.gif icon_rolleyes.gif icon_razz.gif icon_redface.gif icon_surprised.gif icon_mrgreen.gif icon_lol.gif icon_idea.gif icon_biggrin.gif icon_evil.gif icon_cry.gif icon_cool.gif icon_arrow.gif icon_confused.gif icon_question.gif icon_exclaim.gif 

CommentLuv badge

 

Cari Ikut Kategori

Tips Sihat & Cantik

  • 2012 (11)
  • 2011 (52)

Vitamin Tambahan Nutrilite

ASAS
Daily MultiVitamin & MultiMineral
Double X Multi's & Concentrate
Protein Powder
Protein Mixed Berries
Protein Green Tea

ANTIOKSIDAN
Bio C Plus
Chewable Lecithin-E
Multi Carotene
Salmon Omega 3
CH Balance
Coenzyme Q10 Plus

SUPLEMEN
Natural B Complex
Chewable Nutri Fibre Blend
Concentrated Fruits & Vegetables

MINERAL
Iron Folic
Calcium Magnesium

KANAK-KANAK
Chewable Calcium Magnesium
Chewable MultiVitamin & Iron
Chewable Natural C

MINUMAN
Nutri Bifidus
Positrim Meal Replacement
Minuman Campuran Ceri Aserola
Minuman Terkristal Active 8

HERBA
Garlic with Licorice
Milk Thistle & Dandelion
Siberian Ginseng & Gingko Biloba
Saw Palmetto & Nettle Root
EPO Plus
Bilberry Plus
Triple Guard Echinacea
Black Cohosh & Soy
Glucosamine HCI
Tropical Herbs Men
Topical Herbs Women

SUMBER LEBAH
Bee Treasures Manuka Honey
Bee Treasures Royal Jelly
Bee Treasures Bee Pollen

Blog Ros Ibrahim

Feedsburner

Nuffnang

Mereka Sihat & Cantik

Blog Malaysia

BlogMalaysia.com

© 2011–2012 Tips Kesihatan dan Kecantikan – Terbaik Dari Alam Semulajadi — Managed by Sihat Cantik Resources 002054105-M