Lebah telah wujud sejak 90 juta tahun yang lalu bersama-sama dengan pokok berbunga yang bekerjasama erat untuk kelangsungan hidup masing-masing. Lebah bertindak sebagai penyebar penting debunga (pollen) bagi menghasilkan buah-buahan. Manakala bunga memberikan sumber nektar dan debunga kepada lebah sebagai makanan.
Nektar dan debunga yang dikumpulkan oleh lebah akan diproses untuk menghasilkan madu, royal jelly dan bee pollen yang terkenal sebagai penyembuh semulajadi.

Madu lebah asli Manuka dihasilkan dari bunga-bungaan pokok manuka (manuka bush) iaitu pokok yang hanya terdapat di New Zealand.
Madu lebah asli Manuka adalah jenis madu lebah yang banyak dibuat penyelidikan di dunia. Kebanyakan penyelidikan tentang madu lebah asli Manuka dibuat oleh Dr Peter Molan dari Waikato University of New Zealand.

Madu lebah asli Manuka telah digunakan sebagai standard antarabangsa bagi menentukan mutu madu. Ia mengandungi tindak balas antibakteria yang tinggi berbanding dengan madu lebah asli biasa. Madu Manuka juga sangat kaya dengan vitamin, mineral, amino acid dan enzim-enzim penting.

Madu asli Manuka Bee Treasures adalah sangat pekat, rendah kalori (lebih kurang 64 kalori setiap sudu teh) dan dalam bentuk krim. Madu dalam bentuk krim *creamy honey* mengandungi kandungan lembapan yang sangat rendah (12-18%) berbanding dengan madu dalam bentuk cecair *liquid honey* (18-26%).

Madu lebah asli Manuka dari New Zealand mempunyai warna dari krim ke coklat gelap dan mempunyai lebih banyak kandungan antioksidan berbanding madu berwarna cerah.
Bee Treasures Manuka Honey
100% Madu Lebah Asli Manuka dari New Zealand
Kuantiti: 500gm sebotol
Harga: RM78 sebotol



Komen Terkini