Kebaikan teh hijau kepada kesihatan manusia memang sudah lama diiktiraf dalam kitab perubatan Cina.

Penyelidikan perubatan Barat telah mengesahkan bahawa teh hijau boleh membunuh kuman, mengurangkan keradangan, mengawal paras tekanan darah dan lipid darah dan mencegah aterosklerosis (timbunan lemak melekit/plak dalam salur darah/dinding arteri).

Kajian saintifik menyatakan peminum teh hijau yang kerap mungkin mempunyai peluang lebih rendah untuk dapat sakit jantung dan beberapa jenis kanser tertentu (sumber: Green Tea’s Cancer-fighting Allure Becomes More Potent – http://sciencedaily.com).
Ujian klinikal atas ekstrak teh hijau yang diperkayakan dengan teaflavin menunjukkan ia mampu menurunkan paras kolestrol darah dan menyihatkan jantung.
Satu ujian rawak terkawal dilakukan di sebuah klinik pesakit luar di 6 buah hospital di China telah menyokong kesan teaflavin dalam menurunkan kolestrol darah. (sumber: Cholesterol-Lowering Effect of Theaflavin-Enriched Green Tea Extract – Arch Intern Med.2003;163:1448-1453).
Dalam ujian itu, seramai 240 lelaki dan wanita berumur 18 tahun dan ke atas, yang diet rendah lemak dan hiperkolestrolemia (ringgan hingga sederhana) telah makan secara rawak kapsul harian yang ada ekstrak teh hijau yang diperkayakan dengan teaflavin (375mg) selama 12 minggu.

Selepas 12 minggu, disimpulkan bahawa ekstrak teh hijau yang diperkaya dengan teaflavin bersama diet lemak rendah sangat berkesan mengurangkan kolestrol jahal (LDL) dikalangan mereka yang ada hiperkolesterolemia (kandungan kolestrol tinggi).
Hasil ujian ini juga menyimpulkan bahawa kombinasi unik katekin (catechins) dan teaflavin (theaflavins) dalam teh hijau mampu mencegah kolestrol dalam makanan kita daripada diserap dalam badan.
Ia juga menggalakkan hati mengambil lebih banyak kolestrol jahat (LDL) dari darah untuk dijadikan hempedu bagi dikumuhkan dari badan. ![]()



Komen Terkini