Dapatkan pelbagai tips kesihatan dan kecantikan yang lebih menarik melalui email anda. Juga jangan lepaskan tawaran khas terkini yang menawarkan diskaun hebat. Klik Sini Untuk LANGGAN RSS Feed RahsiaSihatCantik.com hari ini!
Gemuk? Tak ada orang yang sengaja nak jadi gemuk. Orang yang gemuk atau obes sering dipandang tidak cantik dan berpenyakit.
Kalau boleh kita nak badan kurus macam supermodel yang senang mengenakan apa jua fesyen baju. Walaupun supermodel yang terlampau kurus langsung tidak cantik *apa yang cantik kalau tinggal tulang* tapi kita yang agak berisi lebih pasti sekurang-kurangnya mahu berat badan ideal.

Berdasarkan kepada kajian yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan, kadar kegemukan dan obesiti di Malaysia adalah tinggi berbanding negara-negara lain di rantau ini. 4 orang daripada 10 orang dewasa mengalami masalah kegemukan atau obesiti di Malaysia!
Jangan gembira sangat kalau anda tidak kelihatan gemuk atau mempunyai indeks jisim tubuh (BMI ~ body mass index) yang ideal. Anda masih berisiko alami masalah kegemukan tanpa sedar!
Tapi macam mana kita nak tahu yang kita ada masalah kegemukan?
Indeks Jisim Tubuh (BMI ~ Body Mass Index)
Kebanyakan kita menggunakan indeks jisim tubuh (BMI ~ body mass index) bagi mengukur samada berat badan kita underweight, ideal atau overweight (gemuk).

Anda boleh kira BMI menggunakan kalkulator BMI dengan mengisi tinggi (cm) dan berat (kg) dalam ruang disediakan.
Contoh: Tinggi saya 150cm dan berat 52kg. BMI saya adalah 23.1 iaitu normal atau ideal. Tapi saya tidak gembira. Walaupun BMI saya ideal tetapi sebenarnya saya ada masalah kegemukan!

BMI bukanlah penunjuk yang tepat tentang kegemukan. Ia tidak beritahu langsung tentang nisbah lemak-kepada-otot *fat-to-muscle* anda. Jadi anda sebenarnya mungkin gemuk walaupun BMI ideal atau juga mungkin tidak gemuk walaupun BMI overweight.
Tahukah anda? Para ahli sukan sudah lama tidak menggunakan BMI sebagai penunjuk kegemukan. Ahli sukan sentiasa bersenam dan mempunyai nisbah otot yang tinggi. Sifat otot yang lebih berat daripada lemak menyebabkan BMI ahli sukan sentiasa menunjukkan mereka overweight (gemuk) sedangkan ianya tidak benar sama sekali.
Masalah ketidaktepatan BMI ini selalu menyebabkan kita mudah putus asa semasa diet atau usaha menurunkan berat badan. Apabila kita bersenam, lemak dalam badan akan ditukar menjadi otot yang lebih berat.
Kita akan putus asa bila tengok berat badan langsung tidak turun atau mungkin semakin bertambah walaupun kita kawal makan dan melakukan senaman secara intensif. Sedangkan sebenarnya badan kita semakin sihat dan kurang lemak.
Jadi jangan gunakan BMI yang hanya menggunakan tinggi dan berat badan sebagai pengukur!
Kalkulator BMI yang menggunakan tinggi, berat badan, jantina dan umur adalah lebih tepat. Anda boleh cuba kira BMI ini di GayaHidupSihat.my.

Indeks Adipositi Badan (BAI ~ Body Adiposity Index)
BAI boleh membantu kita mengetahui dengan lebih baik peratusan lemak dalam badan. BAI boleh dikira dengan mengetahui tinggi (m) dan ukur lilit punggung (cm) ~ tanpa perlu mengetahui berat badan. Klik sini untuk kira BAI anda.
Anda boleh lihat perbezaan BMI dan BAI saya ini. BMI saya ideal tetapi BAI menunjukkan saya overweight = gemuk! ![]()

Walaupun BAI lebih baik daripada BMI tetapi ia tidak memberitahu dengan tepat bahagian badan kita yang mana bermasalah diselaputi lemak. Adakah kita banyak lemak di perut atau di punggung?
Perkara ini sangat penting untuk diketahui sebab lemak yang tertumpu di bahagian perut/abdomen menunjukkan kita berisiko tinggi mendapat penyakit kronik seperti sakit jantung, darah tinggi dan sebagainya.
Indeks Rintangan Bioelektik (BIA ~ Bioelectrical Impedance Analysis)
Indeks Rintangan Bioelektrik (BIA) mengukur komposisi badan (body composition) dengan mengalirkan arus elektrik yang rendah dan selamat ke seluruh badan. Bila arus elektrik melalui otot (muscle) ia tidak alami rintangan tetapi sebaliknya berlaku semasa melalui lemak (fat) badan.
Rintangan yang disebabkan lemak (bioeletrical impedance) membolehkan BIA mengukur dengan tepat jumlah lemak dalam badan kita dan di mana ia berada!
Anda perlukan alat khas untuk mengira BIA. Saya menggunakan Omron Karada Scan (Body Fat Monitor) untuk mengetahui komposisi lemak dalam badan.

Omron Karada Scan ini boleh mengukur:
- berat badan
- peratusan lemak badan
- paras otot skeletal ~ seluruh badan
- paras lemak visera (visceral fat = v fat)
- paras lemak subcutaneous (bawah kulit) ~ trunk area (abdomen)
- BMI
- metabolisma semasa rehat (resting metablisme)
- umur biologi badan

Lemak Visera (Lemak V) adalah lemak yang terkumpul di sekeliling abdomen. Lemak visera tertumpu di bahagian bawah otot dan menyelaputi organ penting badan. Kandungan lemak visera yang tinggi berkait rapat dengan penyakit gaya hidup (tekanan darah tinggi, diabetes, kolesterol tinggi).

Lemak Bawah Kulit (subcutaneous fat) adalah lemak yang berada betul-betul di bawah kulit dan di atas otot. Ia penting untuk melindungi organ dalaman daripada cedera.

Ukuran BIA yang saya ambil beberapa bulan lepas menunjukkan maklumat berikut.
- Berat Weight – 51.1
- Body Mass Index (BMI) – 22.7 (normal)
- Body Fat – 32.5 (paras tinggi ~ hampir obes!)

- Visceral Fat (VF) – 5 (normal)
- Resting Metabolism – 1104
- Body Age – 43 (alamak!)
- Subcutaneous Fat (SF) – 29.4
- Skeletal Muscle (SM) – 22 (masalah kekurangan otot!)
Kurus tidak semestinya sihat.
Ahli gusti Sumo Jepun memang kelihatan sangat gemuk dan obes. Tetapi kajian menunjukkan kesihatan mereka adalah sangat baik. Ahli sumo Jepun langsung tidak ada lemak viseral dalam badan. Lemak mereka hanya tertumpu di bawah kulit ~ jauh dari organ penting.

Tetapi mereka yang kelihatan kurus dan tidak bersenam sebanyak ahli sumo, kemungkinan besar akan alami masalah kesihatan. Sebab semua lemak badan tertumpu di di bahagian organ penting badan.

Amalkan 3 gaya hidup sihat ~ makan secara sihat, bersenam secara sederhana dan makan vitamin tambahan.
Nota: SMS atau email saya untuk ketahui lebih lanjut tentang Omron Karada Scan.
Nutrilite, Tropical Herbs dan Bee Treasures boleh didapati secara terus daripada pengedar-pengedar yang sah. Jika anda tidak mengenali mana-mana pengedar, anda boleh hubungi saya untuk pertanyaan produk, nasihat percuma tentang gaya hidup sihat, penjagaan kesihatan, kesuburan wanita dan nutrisi ibu hamil.



Komen Terkini