Tips Kesihatan | Punca Kanser Prostat dan Petanda Awal

July 23, 2012

Kanser prostat adalah barah kedua paling banyak dijangkiti kaum lelaki di seluruh dunia.

Masalah prostat di kalangan lelaki bermula ketika umur pertengahan dan boleh memberi kesan buruk seperti kencing yang terlalu kerap, terasa sakit ketika kencing dan air kencing tidak dapat dikawal *selepas buang air kecil masih ada air kencing menitik*.

Benign Prostatic Hyperplasia ialah keadaan pembesaran kelenjar prostat *bukan kanser* yang biasanya terjadi di kalangan lelaki berumur lebih 50 tahun. Kanser prostat mewakili 7.4% daripada kes barah di kalangan lelaki di Malaysia.

kanser prostate 01 Tips Kesihatan | Punca Kanser Prostat dan Petanda Awal

Jangan ambil ringan tentang bahaya kanser prostat. Lazimnya barah ini membesar secara perlahan. Kajian bedah siasat menunjukkan ramai lelaki berumur (ada juga lelaki muda) yang mati akibat penyakit lain juga menghadapi barah prostat yang tidak pernah mendatangkan masalah ketika hayat mereka.

Kanser prostat adalah ketumbuhan sel tidak normal dalam kelenjar prostat. Prostat ialah kelenjar yang mengelilingi uretra dan terletak di bawah pundi kencing lelaki yang juga dikenali sebagai karsinoma prostatik.

kanser prostate 02 Tips Kesihatan | Punca Kanser Prostat dan Petanda Awal

Kanser prostat berlaku apabila sesetengah sel di kelenjar prostat melalui perubahan tertentu di luar kawalan. Ia mula membiak, membesar dan merebak dalam keadaan tidak terkawal yang kemudian ke bahagian badan lain, terutama tulang dan organ tertentu.

Penyebab kanser prostat masih tidak diketahui hingga kini, tetapi sesetengah pengkaji percaya kanser ini disebabkan hormon lelaki, terutama hormon testosteron. Hormon ini bertindak mempercepatkan pembentukan kanser prostat.

Petanda Kanser Prostat

  • Kerap buang air kecil
  • Aliran kencing lemah
  • Mati pucuk
  • Ada darah dalam air kencing
  • Sakit sewaktu buang air kecil
  • Sukar mengawal rasa buang air kecil
  • Sering berasa sakit di pelvis, saraf tunjang, pinggang dan tulang dada

Faktor Risiko

  • Sejarah keluarga
  • Pemakanan
  • Peningkatan usia
  • Pendedahan kepada bahan tertentu seperti kadmium, getah dan logam
  • Penduduk Amerika dan Eropah mempunyai risiko lebih tinggi mendapat kanser ini berbanding Asia

Nutrilite, Tropical Herbs dan Bee Treasures boleh didapati secara terus daripada pengedar Amway.. Jika anda tidak mengenali mana-mana pengedar, anda boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut. Email: ros[at]rahsiasihatcantik.com

Related Posts: Baca Tampalan Berkaitan (^_^)

  • No Related Posts

Tags: , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*

icon_wink.gif icon_neutral.gif icon_mad.gif icon_twisted.gif icon_smile.gif icon_eek.gif icon_sad.gif icon_rolleyes.gif icon_razz.gif icon_redface.gif icon_surprised.gif icon_mrgreen.gif icon_lol.gif icon_idea.gif icon_biggrin.gif icon_evil.gif icon_cry.gif icon_cool.gif icon_arrow.gif icon_confused.gif icon_question.gif icon_exclaim.gif 

CommentLuv badge

 

Cari Ikut Kategori

Tips Sihat & Cantik

  • 2012 (11)
  • 2011 (52)

Feedsburner

Nuffnang

Mereka Sihat & Cantik

Blog Malaysia

BlogMalaysia.com

© 2011–2012 Tips Kesihatan dan Kecantikan – Terbaik Dari Alam Semulajadi — Managed by Sihat Cantik Resources 002054105-M