Tahukah anda kenapa kulit kita cepat berkedut dan kita cepat jadi tua?
Kulit rosak, kusam, berkedut-kedut serta dipenuhi pigmen hitam adalah angkara radikal bebas!
Disebabkan radikal bebas, ramai yang menjadi tua sebelum usia. Umur baru pertengahan 20-an tapi kulit tepi mata sudah berkedut.

Kita boleh melawan ancaman radikal bebas dengan mengambil Anti Oksidan.
Vitamin C adalah sejenis antioksidan yang berupaya meningkatkan daya ketahanan dalam badan kita serta mempercepatkan proses penyembuhan. Ia juga berperanan meremajakan kulit, mencegah penuaan dan menjadikan kulit lebih sihat, cantik, bersih dan berseri.

Vitamin C adalah vitamin untuk kulit cantik!
Tubuh kita tidak boleh menghasilkan atau membina Vitamin C dengan sendirinya. Vitamin C juga adalah jenis larut air dan akan dikumuhkan dari badan jika berlebihan.
Jadi kita perlu dapatkan Vitamin C daripada makanan secara berterusan.

Tetapi Vitamin C dalam makanan mudah musnah akibat haba semasa memasak, sinaran ultra unggu, perisa tambahan, bahan kimia pertanian dan mudah dioksida jika terdedah pada udara.
Kita boleh memakan Vitamin C tambahan untuk memenuhi sebarang ketidakcukupan Vitamin C daripada makanan yang kita ambil. Satu atau dua tablet Vitamin C setiap hari adalah mencukupi untuk keperluan harian badan kita.
Kebaikan Vitamin C sebagai vitamin untuk kulit cantik memang banyak. Antaranya ialah:
- Mencegah penyakit skurvi (gusi bengkak dan berdarah, pendarahan bawah kulit)
- Meningkatkan sistem pertahanan badan.
- Menguatkan dinding salur darah.
- Menolong pembentukan tisu gentian.
- Membantu pembentukan kartilaj, tulang dan gigi yang sihat.
- Mengurangkan kedut pada kulit
- Membaiki parut pada kulit.
- Mengekal payudara dan punggung yang pejal
- Menjadikan kulit lebih cerah
- Menghilangkan jerawat dan pigmentasi.
- Menjaga kesihatan otot, mencantikkan dan menghaluskan kulit.
- Membantu penghasilan kolagen bagi meningkatkan keanjalan dan keremajaan kulit.
- Melambatkan proses penuaan dan menghaluskan pori-pori pada kulit.

NUTRILITE Bio C Plus yang mengandungi pekatan Ceri Aserola yang ekslusif adalah cara ringkas dan mudah untuk anda menambah sebarang ketidakcukupan Vitamin C yang mungkin anda tidak dapati dari makanan.
Anda disarankan mengambil antioksidan Nutrilite Bio C Plus setiap hari bagi menentang radikal bebas yang mengancam kesihatan anda dan membantu mengekalkan keremajaan kulit.
Copyright secured by Digiprove



Komen Terkini