Dapatkan pelbagai tips kesihatan dan kecantikan yang lebih menarik melalui email anda. Juga jangan lepaskan tawaran khas terkini yang menawarkan diskaun hebat. Klik Sini Untuk LANGGAN RSS Feed RahsiaSihatCantik.com hari ini!
Kita memang perlu makan vitamin untuk memenuhi ketidakcukupan vitamin dan mineral penting yang diperlukan untuk badan kekal sihat. Kita juga perlu tahu perbezaan antara vitamin larut air dan vitamin larut lemak supaya vitamin yang kita makan dapat diserap oleh badan sepenuhnya.
Apakah Vitamin Larut Air?
Vitamin larut air adalah vitamin yang boleh hancur dan larut di dalam air. Contoh vitamin larut air ialah vitamin B dan vitamin C.
Keupayaan vitamin untuk larut air bermakna vitamin larut air tidak akan disimpan dalam badan dan akan dikumuhkan melalui air kencing dan peluh.
Jadi tidak ada bahaya buruk jika anda terlebih dos atau terlebih makan vitamin larut air.
Tetapi vitamin larut air ini mudah juga dimusnahkan semasa penyediaan makanan. Sebab itu ketidakcukupan vitamin larut air iaitu vitamin B dan vitamin C sering berlaku!
Kita perlu makan vitamin tambahan semulajadi bagi memenuhi sebarang ketidakcukupan vitamin larut air ini.
Vitamin tambahan jenis larut air Nutrilite Natural B Complex dibuat secara semulajadi daripada yis yang dikultur dan dinyahaktifkan. Yis adalah sumber vitamin B yang paling kaya dan mudah dicernakan.
Vitamin tambahan jenis larut air Nutrilite Bio C Plus dibuat dari Ceri Aserola yang merupakan sumber semulajadi vitamin C yang paling kaya. Bio C Plus juga dilengkapi dengan sebatian multiflavanoid dari buahan sitrus yang ditanam di ladang organik Nutrilite.
Apakah Vitamin Larut Lemak?
Vitamin larut lemak adalah jenis vitamin yang bergantung pada lemak untuk diserap dengan baik oleh badan. Contoh vitamin larut lemak ialah vitamin A, vitamin D, vitamin E dan vitamin K.
Lemak membantu memecahkan vitamin larut lemak supaya ia mudah diserap badan pada tahap optimum.
Vitamin larut lemak disimpan dalam tisu lemak bermakna kemungkinan berlaku kesan buruk jika terlebih dos.
Vitamin tambahan jenis larut lemak Nutrilite Lecithin-E adalah cara terbaik kita mengambil vitamin E yang diperlukan sebagai antioksidan. Lecithin dari tumbuhan yang digabungkan dengan vitamin E membantu vitamin E diserap dengan lebih cepat oleh badan.
Nutrilite Lecithin-E adalah dalam bentuk boleh kunyah (chewable) yang mempercepatkan lagi proses penyerapan vitamin.
Vitamin larut lemak juga digabungkan dengan vitamin dan mineral lain dalam kuantiti yang bersesuaian dalam Nutrilite Daily Multivitamin Multimineral dan juga dalam Nutrilite Double X.
Dengan mengambil dos harian mengikut saranan pada label maka kita boleh memastikan bahawa kita tidak terlebih makan vitamin larut lemak tersebut.
Nutrilite, Tropical Herbs dan Bee Treasures boleh didapati secara terus daripada pengedar-pengedar yang sah. Jika anda tidak mengenali mana-mana pengedar, anda boleh hubungi saya untuk pertanyaan produk, nasihat percuma tentang gaya hidup sihat, penjagaan kesihatan, kesuburan wanita dan nutrisi ibu hamil.




Komen Terkini