Terdapat banyak jenama Multivitamin dalam pasaran. Kebanyakannya menawarkan kumpulan vitamin dan mineral yang standard iaitu 100% Pengambilan Harian Yang Disyorkan (RDI). Tetapi awas dengan vitamin sintetik!
Multivitamin biasa yang anda makan TIADA sesuatu yang sangat penting iaitu PEKATAN TUMBUHAN atau lebih dikenali sebagai FITONUTRIEN.
Fitonutrien bukan vitamin atau mineral tetapi adalah nutrien yang ditemui dalam makanan-makanan yang berasaskan tumbuhan. Ia adalah sebatian bioaktif semulajadi yang terdapat dalam kulit kebanyakan sayur-sayuran dan buah-buahan bersama-sama dengan warna, bau dan rasa.

Fitonutrien berfungsi melindungi tumbuhan daripada penyakit, serangga, haba berlebihan, sinar ulta ungu serta bahan cemar di udara dan tanah.
Fitonutrien adalah sebahagian SISTEM IMUN tumbuh-tumbuhan!!
Fitonutrien telah dikenalpasti mengandungi khasiat yang berguna bagi kesihatan kita. Fitonutrien adalah antioksidan yang mampu meneutralkan radikal bebas dan membantu menguatkan sistem imun badan kita.
- Fitonutrien seperti karatenoid dan flavanoid bertindak seperti PERISAI PELINDUNG untuk mengelakan bahan cemar dan kuman dari memasuki sel badan kita.
- Fitonutrien melindungi sel-sel badan daripada kerosakan dan membantu sel-sel untuk pulih dengan meransang pembebasan enzim-enzim pelindung dan enzim-enzim yang membina semula sel-sel yang rosak.
Kita perlu mendapatkan fitonutrien dari pelbagai WARNA tumbuhan setiap hari.

Tetapi adalah sangat sukar bagi kita untuk memastikan bahawa kita sentiasa mendapat pelbagai jenis makanan berasaskan tumbuh-tumbuhan dari pelbagai warna secara konsisten.
Jadi, vitamin tambahan dalam bentuk semulajadi yang berasaskan tumbuhan adalah sangat penting untuk mengisi sebarang kekosongan atau ketidakcukupan dalam diet kita.



Komen Terkini