Kebaikan teh hijau memang telah dibuktikan secara saintifik. Teh hijau terbaik dapat membantu membunuh kuman, mengurangkan keradangan, mengawal paras tekanan darah dan mencegah aterosklerosis (timbunan lemak melekit/plak dalam salur darah/dinding arteri).
Ujian klinikal atas ekstrak teh hijau yang diperkayakan dengan teaflavin (theaflavins) menunjukkan ia mampu membantu menurunkan paras kolestrol darah dan menyihatkan jantung.
FIKIRKAN TENTANG KOLESTROL ANDA SEKARANG
Bukan mudah untuk kita seimbangkan gaya hidup kita yang melibatkan pekerjaan, keluarga dan kesihatan. Terutama pada zaman sekarang di mana gaya hidup sihat kurang diambil perhatian.
Adakah kita mengamalkan pemakanan sihat iaitu tidak kerap makan makanan kolestrol tinggi? Adakah kita sentiasa bersenam secara sederhana walaupun pekerjaan kita hanya perlukan kita duduk di meja pejabat? Adakah kita ambil pemakanan tambahan yang berasaskan bahan semulajadi?
Statistik Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan masalah kardiovaskular merupakan pembunuh No.1 di negara ini!
Lebih 3 juta warga Malaysia yang berusia 30 tahun ke atas mengalami masalah tekanan darah tinggi dan lebih 2 juta rakyat Malaysia mengalami masalah paras kolesterol tinggi.
Setiap tahun, 12,000 hingga 14,000 orang pesakit dirawat di hospital kerana strok dan 20% daripadanya meninggal dunia.
Sangat menakutkan!
Jadi adalah sangat wajar kita melindungi kesihatan bermula sekarang. Amalkan meminum teh hijau terbaik sebagai cara mengawal paras kolestrol.
Jika anda tidak suka akan rasa teh hijau atau memang bukan penggemar teh macam saya ini – ada alternatif lain yang berikan khasiat teh hijau terbaik!

Nutrilite CH Balance dibuat dari serbuk/ekstraks teh hijau terbaik dari ladang organik Nutrilite. Setiap gel lembut CH Balance ada 2 jenis Fitonutrien (Phytonutrients) iaitu katekin (catechins) dan teaflavin (theaflavins).

Kombinasi unik katekin (catechins) dan teaflavin (theaflavins) dalam teh hijau terbaik mampu mencegah kolestrol dalam makanan kita daripada diserap dalam badan.
Kita tak perlu membancuh teh untuk menikmati kebaikan teh hijau!
Kebaikan teh hijau terbaik boleh kita nikmati di mana saja!
Nutrilite adalah satu-satunya jenama vitamin semulajadi yang dibuat dari bahan tumbuhan semulajadi yang ditanam, dituai dan diproses di ladang organiknya sendiri.
Saintis Nutrilite telah menanam, menuai dan memproses nutrien tumbuh-tumbuhan sejak 1930-an. Proses ekstraksi (menjadikan serbuk) menggunakan cara ekstraksi yang dipatenkan yang menjamin penghasilan serbuk teh hijau terbaik tanpa pengawet, pewarna atau perisa sintetik.
Nutrilite CH Balance
Kandungan Utama: 395 mg serbuk teh hijau terbaik (Camellia sinensis).
Kuantiti: 60 gel lembut sebotol
Harga: RM 131
Cadangan: 2 biji sehari selepas makan
*Tidak sesuai untuk kanak-kanak bawah 12 tahun dan ibu mengandung.
Copyright secured by Digiprove


hi.. nk tanya, bpe hg untuk milk thistle. thanks
[Reply]
Ros Ibrahim Reply:
March 17th, 2012 at 9:01 AM
@kamal, milk thistle RM115 ~ 60 tablets
[Reply]