Vitamin A adalah vitamin yang penting untuk mengekalkan kulit yang sihat dan penglihatan yang baik. Ia boleh dianggap sebagai ‘pelembap’ yang bertindak dari dalam!
Vitamin A bertindak mengekalkan kelembapan kulit dan mengelakkan membran mukus yang lain daripada mengering.

Vitamin A juga sangat bagus untuk melindungi mata daripada kesan kerosakan akibat penuaan. Ia juga menggalakkan sistem pertahanan badan untuk menggunakan sel-sel yang diperlukan bagi melawan jangkitan.
Vitamin A dalam bentuk beta karotena (beta carotene) mempunyai sifat antioksidan yang kuat. Beta karotena melindungi kulit dan sel-sel badan daripada pencemaran bahan kimia dari persekitaran.
Sumber Vitamin A (beta karotena) boleh didapati dari buah-buahan berwarna oren dan kuning seperti labu, lobak, aprikot, mangga dan betik serta sayuran hijau seperti bayam.
Vitamin A dalam bentuk retinol pula sangat penting untuk kesihatan mata.
Sumber Vitamin A (retinol) boleh didapati dari lemak haiwan seperti kuning telur, minyak ikan, hati, mentega dan krim.
Kebaikan Vitamin A
- Merawat jangkitan ringan
- Meningkatkan daya penglihatan terutama pada waktu malam
- Merawat masalah kulit seperti jerawat dan kulit kering
Gejala-Gejala Kekurangan Vitamin A
- Rabun malam
- Masalah keradangan kulit seperti kering, kasar dan pecah
- Mata kering
- Luka lambat sembuh
- Sistem saraf rosak
- Deria merasa, mendengar dan membau kurang berfungsi
- Masalah perpeluhan (kurang atau tiada langsung peluh)
- Jangkitan paru-paru
- Kerosakan hati
- Gejala selsema seperti sakit kepala, muntah dan demam
- Penglihatan tidak normal
- Sembelit
- Masalah keguguran rambut
- Hilang selera makan
- Sakit tulang
- Susah untuk tidur
- Kerosakan pada testikel (lelaki)
- Bilangan sperma berkurangan (lelaki)
Gejala Terlebih Vitamin A
Vitamin A adalah bersifat larut lemak dan akan disimpan dalam badan sekiranya diambil secara berlebihan. Tanda utama terlebih Vitamin A ialah sakit kepala dan diikuti bibir merekah.
Jika mengandung anda perlu mengelakkan dari terlebih makan vitamin A kerana ia boleh menyebabkan kecacatan bayi dalam kandungan.
Nutrilite Multi Carotene dapat membekalkan Vitamin A kepada sel-sel badan anda apabila diperlukan dan berfungsi sebagai antioksidan yang berkuasa melindungi sel-sel badan daripada kesan buruk pengoksidaan akibat ancaman radikal bebas.
Copyright secured by Digiprove



Bagus ibu penjelasannya tentang vitamin A. bisa menjadi rujukan saya untuk membuat artikel di website saya.
terima kasih ya ibu
[Reply]