Carl F. Rehnborg mengasaskan Nutrilite pada tahun 1934. Cerita tentang Rehnborg boleh di baca di laman berikut:
http://thewellnessrevolution.paulzanepilzer.com/carlrehnborg.php

Beliau telah menjelajah separuh dari muka bumi dan membawa penemuan teragung dalam sejarah SAINS PEMAKANAN.
Pada tahun 1915, Carl bekerja di Shanghai, China. Dia sangat berminat dengan perubatan cina. Beliau menjadi risau dengan kesihatan buruk penduduk di bandar besar negara China. Ramai penduduk bandar menghidapi penyakit tulang rapuh, skurvi dan beri beri.
Tetapi Carl hairan kenapa penduduk luar bandar yang terdiri dari petani boleh hidup sihat. Beliau yakin puncanya mesti dari sesuatu yang HILANG dari pemakanan penduduk bandar.
Apabila penduduk dari kawasan pertanian luar bandar berpindah ke bandar-bandar besar, mereka menukar pemakanan mereka dari diet berasaskan buah-buahan dan sayuran kepada diet makanan terproses.
Maka Carl berfikir jika dia boleh mengesktrak zat-zat penting dari tumbuhan supaya manusia boleh jadikan tambahan kepada diet mereka, maka dia boleh menolong mencegah masalah kesihatan.
Berdasarkan pemerhatian Rehnbog terhadap kesan diet tidak mencukupi atas orang-orang disekelilingnya semasa berada di China, Rehnbog mula bereksperimen dengan mengestrak dan memekatkan nutrien dari pelbagai sumber tumbuh-tumbuhan sehingga berjaya menghasilkan sesuatu buat julung kalinya yang dikenali hari ini sebagai suplemen MULTIVITAMIN-MULTIMINERAL.
Dengan tablet kecil itu, Rehnbog mencipta satu kategori produk yang kini merupakan industri berbilion dollar dan beliau diiktiraf sebagai perintis dalam bidang pemakanan manusia.
Dengan kepercayaan yang teguh bahawa tumbuh-tumbuhan yang bagus datangnya dari tanah yang baik – peladang dan pakar agronomi Nutrilite bekerja keras untuk memperkayakan tanah di ladang-ladang Nutrilite – mengubah tanah yang memang subur menjadi syurga tumbuh-tumbuhan.

Kaedah perladangan organik diguna untuk menanam, memetik dan memproses tanaman.

NUTRILITE merupakan satu-satunya jenama vitamin dan mineral global yang menanam, memetik dan memproses tumbuh-tumbuhan dari ladangnya sendiri yang disahkan organik – kajian bebas oleh firma penyelidikan Euromonitor Consultancy 2008
Ladang Nutrilite disahkan organik tanpa menggunakan racun serangga, racun rumpai atau baja kimia.
Sudah tentu khasiat tumbuh-tumbuhan terbaik untuk anda!



Komen Terkini