Dapatkan pelbagai tips kesihatan dan kecantikan yang lebih menarik melalui email anda. Juga jangan lepaskan tawaran khas terkini yang menawarkan diskaun hebat. Klik Sini Untuk LANGGAN RSS Feed RahsiaSihatCantik.com hari ini!
Vitamin B Kompleks memang banyak kebaikannya. Saya telah menulis tentang kebaikan Vitamin B Kompleks dalam tampalan bertajuk Vitamin Tambahan | Apakah Kebaikan Vitamin B Kompleks.
Berikut ialah jenis-jenis Vitamin B yang diperlukan oleh badan.
- Vitamin B1 (Thiamine)
- Vitamin B2 (Riboflavin)
- Vitamin B3 (Niacin, termasuk nicotinic acid and nicotinamide)
- Vitamin B5 (Pantothenic acid)
- Vitamin B6 (Pyridoxine)
- Vitamin B9 (Folic acid)
- Vitamin B12 (Cyanocobalamin)
Sumber vitamin B yang asli sudah tentu dari pelbagai jenis makanan yang kaya dengan vitamin B. Mari kita lihat sumber vitamin B yang asli.
Vitamin B1 Thiamine
- Perlu bagi metabolisme gula dan kanji untuk memberikan tenaga.
- Mengekalkan sistem saraf yang sihat serta membantu fungsi jantung dan otot lain.
- Tekanan meningkatkan keperluan untuk B-1 dan semua jenis vitamin B.
Sumber asli: yis, germa gandum, oatmeal, gandum, bran keseluruhannya, beras perang, ceng tali hitam, kacang soya dan daging.
Vitamin B2 Riboflavin
- Kritikal dalam metabolisme karbohidrat, lemak dan protein.
- Diperlukan untuk mengukuhkan kuku, kulit dan rambut.
Jika anda bersenam setiap hari, anda menggunakan bekalan vitamin B2 anda dan memerlukan suplemen vitamin B untuk menghasilkan tenaga yang diperlukan.

Sumber asli: keju, susu, sayur-sayuran hijau dan bijirin penuh.
Vitamin B3 Niacin
- Diperlukan untuk sintesis hormon seks serta penting untuk sistem saraf.
- Ia juga membantu peredaran darah dan mengurangkan kolesterol serum.

Sumber asli: Ikan dan ayam
Vitamin B5 Asid Pantothenic
- Meningkatkan fungsi kelenjar adrenal dan bagus diambil bagi kurangkan tekanan atau stress.
- Diperlukan dalam metabolisme lemak, karbohidrat dan protein.
- Membantu pembentukan hormon dan antibodi tertentu.
- Diperlukan untuk mengekalkan saluran penghadaman yang sihat, kulit, saraf dan kelenjar.
Sumber asli: organ daging, yis, kuning telur, bijirin gandum, ayam, dedak dan kacang.
Vitamin B6 Pyridoxine
- Membantu dalam metabolisme lemak terutamanya asid lemak tak tepu.
- Diperlukan oleh asid amino untuk membantu metabolism dan juga membantu dalam pengeluaran asid hidroklorik.
- Sangat perlu untuk pengeluaran sel darah merah dan juga antibodi.
- Ia memainkan peranan yang penting dalam sistem imun badan
B6 melegakan pelbagai gejala PMS seperti payu dara sensitif, kenaikan berat badan (pengekalan air) dan kerengsaan. Vitamin yang sangat penting ini juga telah terbukti dapat membantu dalam mengurangkan atau menghapuskan gejala gemuruh dan serangan epilepsi.

Sumber asli: bijirin penuh
Vitamin B9 Asid folik
- Memainkan peranan penting dalam memudahkan proses penyenggaraan dan pembaikan sel, sintesis DNA, metabolisme asid amino dan pembentukan sel darah merah dan putih.

Sumber asli: buahan sitrus, kekacang dan sayuran

Vitamin B12
- Membantu fungsi semua sel, sumsum terutama tulang dan tisu saraf dan juga diperlukan untuk pembentukan sel darah merah.
- Perlu bagi normal pencernaan, penyerapan makanan, sintesis protein dan karbohidrat dan metabolisme lemak.

Sumber asli: organ daging macam hati, buah pinggang, daging, produk ikan tenusu, dan telur.
Jika kita seorang yang sentiasa sibuk (surirumah, pelajar, pekerja atau ahli perniagaan) – kita sangat memerlukan tenaga tambahan untuk melakukan tugasan kita dengan baik.
Saya mengambil vitamin semulajadi NUTRILITE Natural B Complex dan sejak makan vitamin ini saya memang rasa lebih bertenaga dan cergas sepanjang hari walaupun semasa bulan puasa. Saya juga tidak lagi merasa tertekan akibat bebanan kerja pejabat dan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu.
Nutrilite Natural B Complex sangat disarankan kepada pelajar dan pekerja yang sentiasa terdedah dengan stress!
Nutrilite, Tropical Herbs dan Bee Treasures boleh didapati secara terus daripada pengedar-pengedar yang sah. Jika anda tidak mengenali mana-mana pengedar, anda boleh hubungi saya untuk pertanyaan produk, nasihat percuma tentang gaya hidup sihat, penjagaan kesihatan, kesuburan wanita dan nutrisi ibu hamil.



salam….
saya adalah pelajar d slah sbuah skola d Sabah dn akan mengambil spm tahun ini…tapi malangnya saya mengalami konflik d mana saya skarang ni tinggal brsendirian d rumah d sebabkan keluarga terpaksa menetap d tempat lain atas desakan pekerjaan….hal ini menyebbkan sya sering berasa runsing memikirkan keadaan saya yg trpaksa hidup berdikari sekaligus mengakibatkn saya berasa stress….
saya sering mmbebankan fikiran dgn memikirkn hal hal seperti menyediakan makanan,mbrsihkan rumah, pelajaran dn lain lain…saya berasa penat dn bingung bila memikirkan smua itu…
Berdasarkan maklumat yg saya telah baca d blog kak Ros ini…saya percaya hal ini d sebabkan kurangnya vitamin b dlam badan saya …persoalan yg saya ingin utarakan ialah adakah pengambilan vit yg mngandungi nutrilite sudah cukup untk mengatasi masalah saya ini walaupun makanan yg saya ambil adalah makanan yg kurang mengandungi vit b ….Tq..
[Reply]
Ros Ibrahim Reply:
March 17th, 2012 at 9:10 AM
@Alik maulana Ibrahim, pengambilan vitamin b complex (mengandungi pelbagai jenis vitamin b) boleh membantu memberi tenaga tambahan dan secara tidak langsung mengurangkan stress..
vitamin b complex adalah sebagai tambahan kepada makanan kita.
kerungsingan adik sekarang ttg kerja rumah dan pelajaran lebih kurang sama dengan stress yg dialami ibu yg bekerja (perlu keluar bekerja dan buat kerja rumah bila balik mcm saya);D
cuba dulu b complex dan jgn terlalu bebankan fikiran pada kerja rumah.. buat sekadar mampu.. lebihkan fokus pada pelajaran ye
[Reply]