Vitamin Tambahan | Vitamin Semulajadi Nutrilite Salmon Omega-3

August 27, 2011

Asid Lemak Perlu (EFA) adalah lemak baik yang diperlukan untuk kesihatan badan. Lemak yang kita dapat dari sayur-sayuran dan lemak daripada ikan adalah menyihatkan dan penting untuk mengangkut dan menyimpan vitamin larut lemak A, D, E dan K.

Badan kita perlukan Asid Lemak Perlu (EFA) sebagai pelincir kepada kulit dan tisu badan serta menyokong membran sel. Asid Lemak Perlu ini penting supaya sel badan, otak dan sistem saraf dapat berfungsi dengan normal.

Kekurangan Asid Lemak Perlu (EFA) boleh menyebabkan:

  • keguguran rambut
  • kulit kering
  • ruam pada kulit
  • mudah kesejukan
  • kulit mudah tercalar
  • radang sendi
  • jangkitan berulang akibat sel badan lemah
  • kemurungan.

Kita boleh mendapatkan Asid Lemak Perlu (EFA) dari makanan seperti ikan salmon, biji benih seperti flax, labu dan bunga matahari, kekacang, kacang soya dan tofu.

omega 3 1 Vitamin Tambahan | Vitamin Semulajadi Nutrilite Salmon Omega 3

EPA (asid eikosapentaenoik) dan DHA (asid dokosaheksanoik) adalah dua jenis Asid Lemak Perlu (EFA) daripada kumpulan Omega-3. Ikan laut dalam adalah satu daripada sumber terbaik asid lemak Omega-3.

NUTRILITE Salmon Omega-3 adalah suplemen minyak ikan semulajadi yang diekstrak daripada ikan salmon yang ditangkap daripada laut dalam yang sejuk.

salmon omega 3 01 Vitamin Tambahan | Vitamin Semulajadi Nutrilite Salmon Omega 3

Ikan salmon adalah sumber yang sangat kaya dengan asid lemak Omega-3.

salmon 2 Vitamin Tambahan | Vitamin Semulajadi Nutrilite Salmon Omega 3

Asid lemak Omega-3 adalah asid lemak poli tak tepu yang badan kita perlukan untuk membantu memudahkan pertumbuhan, perkembangan dan fungsi sistem kardiovaskular dan saraf yang normal.

Nutrilite Salmon Omega-3 diperkayakan dengan Asid Lemak Perlu EPA dan DHA serta diperkuatkan dengan dengan d-alfa tokoferol iaitu Vitamin E semulajadi. d-alfa tokoferol bertindak sebagai antioksidan semulajadi yang juga bertindak mencegah minyak ikan dari bertukar busuk.

NUTRILITE Salmon Omega-3

Kandungan Utama: EPA dan DHA dari minyak ikan Salmon serta Vitamin E (d-alfa tokoferol)
Kuantiti: 60 gel lembut atau 120 gel lembut dalam satu botol
Harga: RM80 atau RM144 sebotol
Cadangan Makan: Satu biji sehari selepas makan

*Tidak disyorkan untuk individu yang mengambil anticoagulants atau mengalami gangguan pendarahan yang diketahui. Dos yang tinggi boleh menyebabkan masa pendarahan meningkat.

dp seal trans 16x16 Vitamin Tambahan | Vitamin Semulajadi Nutrilite Salmon Omega 3Copyright secured by Digiprove

Nutrilite, Tropical Herbs dan Bee Treasures boleh didapati secara terus daripada pengedar Amway.. Jika anda tidak mengenali mana-mana pengedar, anda boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut. Email: ros[at]rahsiasihatcantik.com

Related Posts: Baca Tampalan Berkaitan (^_^)

Tags: , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


*

icon_wink.gif icon_neutral.gif icon_mad.gif icon_twisted.gif icon_smile.gif icon_eek.gif icon_sad.gif icon_rolleyes.gif icon_razz.gif icon_redface.gif icon_surprised.gif icon_mrgreen.gif icon_lol.gif icon_idea.gif icon_biggrin.gif icon_evil.gif icon_cry.gif icon_cool.gif icon_arrow.gif icon_confused.gif icon_question.gif icon_exclaim.gif 

CommentLuv badge

 

Cari Ikut Kategori

Tips Sihat & Cantik

  • 2012 (11)
  • 2011 (52)

Feedsburner

Nuffnang

Mereka Sihat & Cantik

Blog Malaysia

BlogMalaysia.com

© 2011–2012 Tips Kesihatan dan Kecantikan – Terbaik Dari Alam Semulajadi — Managed by Sihat Cantik Resources 002054105-M